Pages

faces of 2010

Langkawi dan Kedah :)


Januari buat pertama kalinya menjejakkan kali ke Masjid Sultan Abu Bakar
Tapi sekarang hari-hari mengadap masjid ni :)


Bersama kawan-kawan di Mersing.
Pelbagai aktiviti dilakukan selepas tamat belajar.


Perkahwinan kawan-kawan sekolah rendah.
Huda dan Imieza :)


Pertemuan semula dengan rakan-rakan pengajian Curtin
setelah beberapa bulan tidak ketemu.


Majlis Graduasi :)


Pertemuan dengan kawan-kawan ASiS
setelah lima tahun berpisah :)

Berhari Raya bersama keluarga :)

Zakat Pendapatan

memandangkan ada beberapa kawan yang sudah bekerja bertanyakan kepada saya berkenaan Zakat Pendapatan, maka di sini saya sertakan info Zakat Pendapatan bagi Negeri Johor Darul Takzim dan Jajahan Takluk Johor.

maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor


Gaji / Pendapatan
Gaji ialah bayaran yang dibuat atau diterima oleh seseorang sebagai upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu termasuk juga elaun dan imbuhan daripada apa-apa pekerjaan dan perkhidmatan profesional.

Kaedah pengiraan Zakat Pendapatan
Iaitu pendapatan kasar setahun semasa ditolak dengan keperluan asas sebenar pada tahun semasa. Kiranya sama atau melebihi nisab maka dikeluarkan zakatnya 2.5%.

Keperluan asas sebenar pada tahun semasa :

1. Saraan-saraan hidup yang diperlukan bagi :

a. Sara diri - RM 8,000.00
b. Isteri - RM 3,000.00 x Bilangan isteri
c. Anak - RM 1,000.00 x Bilangan anak
d. Mereka yang dibawah tanggungannya.

2. Perubatan

3. Pendidikan

Contoh pengiraan
A. Pendapatan

Gaji RM 36,000.00
Elaun RM 6,200.00
Bonus RM 4,000.00
Jumlah pendapatan Setahun RM 46, 200.00


B.Perbelanjaan
Penolakan
Saraan diri RM 8,000.00
Isteri RM 3,000.00
Anak RM 1,000.00 x 4 orang RM 4,000.00

Saraan ibu dan bapa RM200.00 x 12 bulan

RM 2,400.00
Perubatan anak RM200.00 x 12 bulan RM 2,400.00
Jumlah penolakan setahun RM 19,800.00
Pendapatan (A) - Perbelanjaan (B) RM 26,400.00
Zakat = RM 26,400.00 x 2.5% RM 660.00 (setahun)

RM 55.00 (sebulan)

* Bayaran zakat pendapatan juga boleh dibuat tanpa membuat tolakan daripada tolakan-tolakan yang dibenarkan di atas.

duniaJaJa

kene tag.. mula2 xperasan.. tp bila tgk btol2 baru nmpak :P

apa2 pun thx Jaja :)

utk pengetahuan kwn2 bukan curtin, Jaja ni salah sorang yg digelar 'adik' aku sbb dia antara org terawal yg panggil aku abg dari batch dia.. huhu.. btw.. bnyak nye adik aku :P

soalan2 nye seperti berikut:




1-Adakah anda rasa anda HOT?
yer! sekarang terlebih HOT! xleh blah~

2-update wallpaper anda gune sekarang
dkt office ni guna wallpaper dari i luv islam..
"Ali Imran ayat 190:
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi,
dan pada pertukaran malam dan siang,
ada tanda2 (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah)
bagi orang-orang yang berakal "

3-cerita pasal gambar tu
gambar tasik, masjid, pokok2, dan langit sunset warna biru :)


4-kali terakhir makan pizza
tak ingat! pizza hut rasanya dgn Naim dkt kL tahun 2008
oh tidak2.. mkn pizza hut kt Village tahun 2009, beberapa minggu sebelum blah.. ada org belanja!

5-lagu terakhir yang anda dengar
guna mp3 td last lagu Mencari Konklusi

7-selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama ape
Selain Islahuddin: Islah, Is, Din, Lala, Ayub(latest!)

8-tag 5 orang
okeh bab ni sngat aku x suka
rasa mcm nk tag smua laki r
kurangkan kontroversi
tingkatkan prestasi!

KP-Akmal
Azrin ASiS
Shah ASiS
Faeez
Kairul

haha..padan muka korang

9-siape orang no 1 dengan anda
classmate f4 n f5, juga bos saye di ASiS.

10-katakan sesuatu pada orang no 5
selamat bekerja ngan pet!

11-no 3 ada hubungan dengan sapa
entah ek.. weh shah kau couple ngan sape?.

12-bagaimana dengan no 2
antara dak 4H yg rapat ngan aku
klu free je menempek kt meja aku :P
dia sngat anti dak johor sbb aku.. haha

13-kata-kata cinta kepada orang no 4
hahaha.. xpe2 kitorng sebilik slame stahun kot!
dah r balik naik flight sama2
nasib baik aku x tampal gambar Sultan Johor dlm bilik
mcm aku wat kt ASiS dulu

14-fakta tentang orang yang aku tag
tiga terawal kL Rhyno!
dua seterusnya rumate di Village :)

kasawari

praktikal: insya-Allah tempoh masa praktikal IMREC akan tamat Jumaat ni, tapi di MAIJ disambung secara lisan sehingga 31 Jan.. bakal berpindah ke rumah kawan (senior ASiS).. akan memohon jawatan kosong di sini sekiranya ada..

ego: pemusnah harapan diri.. segala perkara yg diinginkan tak akan tercapai.. biarkan~

ambil kesempatan: sangat takut perkara ni aku buat atau org lain buat kat aku.. hmm..

ikhlas: semoga apa yg aku buat semuanya ikhlas.. amin :)

penantian: dikatakan suatu penyeksaan.. tapi aku mcm dh imune.. lalala~

detik: rasa semakin berganjak perlahan

robot: kembali bertukar!

keep in touch: hanya omong2 kosong.. lebih baik xde apa2 'social network'

blog: tempat luah perasaan, bukan buka aib diri dan org lain.. kalau nk ilmu jgn dtg sini.. sedikit pengalaman dan pengajaran mungkin ada.. terasa rugi padam post2 lama~

petronas: mungkin aku pelopor kpd kawan2 lain.. benchmark katanye!

sara hidup: tergantung tanpa tali barangkali..

Muharram 1432

kL: naik bas dari sri putri sabtu tgh hari.. turun kt serdang.. abg mie amek.. tgu mak long, lutfi n anis dari mersing.. bas lmbat smpai sbb odw kt keratong ada lori terbalik, so bas kene lalu kt bera.. pastu g shah alam, seksyen 9, stay rmh cik roslee.. stay smpai pagi ahad.. anak dia x tau pun jiran2 tu sape.. n sungguh x best dok kt bandar.. sangat2 suka dok mersing terchinta je..

walimah mukhlis: ahad tgh hari g upm, walimah sepupu, mukhlis. jln sngat sibuk since ada maha.. so smpai agak lmbat, tp masih x ramai org coz jln sesak kan.. lepak2 n borak2 ngan sedara mara.. kul 2 lebih dh blah.. nk amek bus blek jB plak~

sepupu: rasanya dh sngat lama xde family reunion belah mak.. semenjak tok ki meninggal thn 2006, beberapa minggu sebelum aku g miri, rasanya aku sngat lama x jmpe diorng.. since cuti aku pun pelik kan.. lg r.. huhu.. so masa jmpe wlupun singkat digunakan sebaiknye utk update diri masing2.. seriously, walaupun ada fb, tp borak live lg best! hehe.. so cerita lah pasal belajar, kije, intern, fly, etc.. n anak2 hanif dh besar.. huhu.. baru 3 org je sepupu blah mak dh kwen.. sape next?

milik semua: aku rasa diri aku bukan milik aku.. sebab ku bukan aku :P hmm.. ntah.. ni dh start emo.. lol.. ok xpe.. follow the flow je..

bas: aku klu naik bas jarak jauh, aku suka naik transnasional.. aku sngat suka trans.. sbb klu aku dh suka satu2 bende, amat susah nk tukar.. x kisah r.. so.. masa kt bukit jalil aku amek je r bas yg paling awal 3.30 since aku smpai kt situ 3.05.. jd nk jadikan citer, bas rosak.. kene tukar bas lain smpai 4.30 tgu.. n aku sabo je r.. ni r sbb nye aku malas naik bas lain selain trans.. oh yer.. aku rasa nk kutuk pak lah sbb naikkan harga minyak dulu.. bengong.. aku rasa dia r menteri kewangan paling x layak.. aku nk sarankan supaya PM x wajib pegang portfolio kewangan.. dulu pun Tun pegang sbb Daim letak jawatan kan.. so aku rasa najib klu rasa x power.. xde super power kewangan.. bg je kt senator mana2 yg ada otak bhgian kewangan nih.. xde r nnti dh terlajak naik harga minyak.. smpai sekarang rakyat rasa bebannye~

masa depan: tgu n lihat.. dh setahun weh.. setahun!

elaun: secara raminya.. melalui email, imrec dh jnji nk masukkan elaun esok.. yipppeiii.. aku dh xde duit weh.. nk blek mersing lg nih..

jauh: tapi dekat.. xpelah.. aku dh agak mende ni akan berlaku.. aku je yg kene let go kan.. semua org ada life sndiri~

awal muharam: cuti di johor.. tp tetibe tgh hari masa tgh tidor bos call.. dgn pantasnye aku bersiap n naik motor dari sri pulai ke mainj.. jauh weh.. merempit.. smpai2 office rupanya nk edit teks ucapan sket2 n print je.. xpelah.. ni lah kelebihannye intern sbgai pa..

mp3: yoshi! dengan jayanya wat muka tebal mintak duit ngan mak aku.. beli mp3 sony b series je.. masa pc fair aritu.. 160 melayang weh~ sebab tu xde duit dh nih :P

drama jepun: hmpir setiap mlm n masa2 terluang dihabiskan utk tgk drama jepun.. aku suka jepun.. korea kureng sket r..

utmwifi: sngat 'best' sbb boleh disconnect ngan tibe2.. lg 'best' dr deconnexion..

motor: motor aku kt kdoj tu digunakan pada hari cuti, g mkn, atau g mentoring je.. berabuk dh gamaknye~

berat: 84kg.. official. guna penimbang digital lg.

till we meet again.
nukilan hati ini.

Rayyan Fantasi



kepada kipas2 susah nk mati Ramlee..
Rayyan Fantasi kuar ahad ni
jom serbu kedai buku!!!!!

Harry Potter


tidak pernah mengecewakan..
walaupun aku tak pernah membaca buku2 Harry Potter
tapi aku dah tengok keenam-enam sequel movie ini
dan semalam buat pertama kalinya
aku tengok sequel terbaru movie ni di pawagam
di U Mall.. huhu
dan sememangnya tak mengecewakan
menanti sequel seterusnya.. hehe
++++++++++++++++++++++++++
*mentoring session sekarang makin menyeronokkan sebab Miss Angelina seperti sangat memahami masalah2 kitorng.. rasa mcm kesian plak kt dia klu tak pergi sesi2 tu
*sekarang banyak naik bas je pergi tempat praktikal.. terasa amat tak suka nak redah hujan naik motor.. walaupun terpaksa bangun awal dan balik lambat.. tapi yg penting tak basah kuyup dan boleh plak dgr radio dan tidur sepanjang perjalanan
*dah malas nak jumpa 'puak2 tertentu'.. haih makin teruk aku ni..
*persepsi: jangan amalkan bende ni.. dah jumpa org tu atau dah tanya apa yg x pasti, baru boleh buat kesimpulan..
*masih berharap dgn beberapa jawatan yg dipohon
*oh.. aku rasa aku sngat kurang emo skrang.. tak mcm zaman2 U dulu.. KUAT! (teringat kata2 Athi: "Saya macho dan tegas..")
*manusia dtg dan pergi.. klu zaman U aku rasa org2 sekeling yg aku jumpa mcm 'touch n go' je.. sebab ramai sngat jumpa dan amat susah utk buat 'follow up' lepas dah tak jumpa mereka.. tp bila dh start ygract dan prak ni, aku rasa mcm 'smart tag' plak.. lagi pantas n amat susah utk buat relationship mcm zaman kecil2 atau sekolah dulu.. dan aku tak nak salahkan siapa2 dlm hal ni.. setiap org punya masalah sendiri dan alasan utk jadinya sesuatu :)
*kawan2 kt U yg masih exam - all the best! yg bakal bekerja dgn syarikat2 besar.. semoga menjadi pekerja yg Cemerlang.Gemilang.Terbilang
*rasa2 nak melawat aku kt JB or Mersing.. sila bgtau :P
*mode of communication sekarang ni hanya handphone dan e-mail.. fb dan ym kene blok dkt sini.. sekian :)
*oh yer.. akan ke KL (UPM dan kawasan2 sekitarnya) weekend ni.. sepupu kwen! Tahniah Mukhlis :D

Pokok Jambu Gajus

Tempat selalu main masa kecil-kecil dahulu :)

Tapi nama-nama yang diukir pada batang pokok dah hilang.. huhu

Raya Haji di 'Perantauan'

okeh.. instead of siapkan kije2 yang tak bnyak mana pun kt pejabat ni.. wlaupun xde r susah mana nk contact2 org ni yg jd mls.. huhu.. so aku nk update pasal sambutan aidil adha aku smlm.. hohoho..

alkisah bermula hari selasa pabila masuk pejabat pagi2 dh nmpak mcm kurang pekerja.. paling terasa bila aku g bhgian perolehan nk mintak kertas print, abg tu dh cuti.. terpaksa aku secara suka paksa wat2 x reti malu amek sndiri kertas tu.. pastu sewaktu tgh lunch dgn syahdunya Imam Masjid Sultan Abu Bakar mengalunkan takbir raya.. dlm hati terdetik *dah boleh takbir ek??* hehe.. xtau plak.. pastu ptg tu dgn jayanya aku menjadi org ke-2 lambat kuar dari office! org ke-2 LAMBAT beb! kul 6:10 mcm tu Bos aku baru nk balik.. memandangkan aku ni PA terpaksa tgu dia r.. yg PALING LAMBAT ada sorang pegawai bhgian amil.. sebelah pejabat aku je.. dia tgh buat apa aku kurang pasti.. tp aku meninggalkan pejbat dengan jayanya TANPA sapa dia.. huhu.. ni mesti kg dia dkt je.. so dari office aku gerak naik moto dlm kul 6.21.. smpai kolej magrib gak r.. ngan hujan nye aku merempit.. woot woot.. mlm tu mkn kt bilik je.. sejuk giler.. bye2 kt kwn2 yg blek raya.. :(

pastu rabu, bngun di awal pagi.. mandi siap2 etc.. naik moto berramai2 ke masjid sultan ismail.. seronok je tgk muda mudi berjalan n berkenderaan ke masjid.. dlm hati *ramai gak yg x balik* pastu g cari mknn.. xde 1 pun kdai kt utm yg bukak.. hampeh.. terpaksa cari mkn kt luar.. g meronda smpai ke kempas.. tp prog cancel plak.. odw blek dh lapar giler g Sutera Mall.. aku rasa mcm dh kt Hong Kong.. mkn kfc je di hari raya.. :(
ptg Rai blek bwk mknn bnyaaakkkk gler.. jawo nye mknn.. puas hati r smpai tido awal... kekenyangan.. thx..

khmis smpai pejabat.. adeyh... ramai yg cuti weh.. bos aku je bnyak kije... lepas perjumpaan pagi utk baca quran.. aku melepak kt kaunter.. tak perasan bos dh masuk bilik.. hampeh! nasib baik dia x marah2.. tp agak tergesa2 bg tugas kt aku.. pastu dia kuar.. ada majlis.. huhu.. dh sikalang ni aku online (FB xdpt bukak weh! tp pejbat sbelah leh plak bukak!!) ok2 back 2 basic.. nk siap kan kije..




SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA
hati2 di jalan raya sempena musim tengkujuh ni :)
btw.. ni raya haji ke-3 aku kt 'perantauan'
*2004, Selangor **2006, Bintulu ***2010, JB

Suratan atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan


*******************

dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari ulang tahun (kelahiran, perkahwinan, penubuhan dan sebagainya), selamat menghadapi peperiksaan akhir dan berPSM (projek semesta akhir), selamat bercuti, selamat bekerja, selamat berpraktikal, selamat menjalani kehidupan dan selamat segala kebaikan kepada semua rakan-rakan.. maaf kalau terlupa atau buat-buat lupa nak ucap sebelum ni.. saya tahu dan pernah alami perasaan apabila kita mengharpkan orang yang kita rapat ingat tarikh-tarikh istimewa kita tapi ucapan tak kunjung tiba.. maaf sekali lagi..

bila duduk-duduk berehat rasa mcm nk berhubung tp selalu nye berakhir dengan kemalasan.. semenjak bermula kursus YGRACT lagi lah susah nk buka internet terutamanya FB.. sekarang dah mula praktikal dkt MAIJ bahagian pentadbiran.. jadi pembantu tadbir (penasihat).. lagilah susah nak buka FB sbb kene blok.. huhu.. dpt buka email je.. apa-apa pun saya doakan kejayaan untuk semua terutamanya kawan-kawan yang bakal tamat degree.. kalau rasa kemalasan untuk bekerja.. sila sambung master.. hehe..

oh yer.. sebagai membalas kemaafan di atas saye dgn ini membuka kpd siapa-siapa yg nk 'demand' hadiah.. hahahaha.. sila tulis di bahagian 'comment' hadiah apa yg diminta dan kenapa.. kalau bertuah dpt lah ek.. sila bg alamat sekali :P mana tahu ada rezki lebih kan.. ahakz! apa-apa pun tak salah mencuba :D

sekian untuk kali ini...salam :-)

Kini Dikau Jauh

Apakah rasa yang berdetikan di hatimu
Kali pertama waktu kau pandang kepadaku
Pastinya cinta yang setulus-tulusnya
Terlahir untukku
Lewat ke hujung masa

Selaut rindu semakin luasnya terbentang
Ku lakar kasih yang kini semakin kenangan
Takkan ku cemar kesucian semua yang bererti padamu
Walau kini kau jauh

Kau ku teruskan cinta yang kau curahkan dulu
Dalam pandangan dan amalan dan perasaan
Jadi kekuatan buatku menempuh hari
Kan ku teruskan cinta yang kau serah dulu
Jadi azimat yang berharga yang tiada tara
Menangkis segala kegusaran didunia


Terkilan jua setiap kali kurasakan
Pada ketika yang aku cuai dan terluka
Mengungkap kata betapa aku benar benar kasih padamu
Aku terkilan rasa

Andainya pernah ku melukamu
Biarkan hanyalah sekalis calar halus
Ku ingin selamanya kau tahu
Berulang kali ganda beribu yang ku rasa
Ooooo.....

Kan ku teruskan cinta yang kau serahkan dulu
Dalam pandangan dan amalan dan perasaan
Jadikan kekuatan buatku menempuh hari
Walaupun kini dikau jauh

#26

there is no better me other than me
there is no better you other than you


-Prof T-




3 idiots



baru tgk movie ni minggu lepas..

menarik..


dua petua untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan untuk setiap perkara yang kita lakukan:


(i) lakukan perkara yang kita suka
(ii) jangan takut menghadapi masa hadapan

SWOT (i)

Ancaman: setiap perkara yg berkaitan ngan geo!
apekah?








antara buktinya:-


pelajar lain sibuk dgr penerangan dari Lecturer



aku plak sibuk nk amek gmbo lompat2





haih

YGRACT 2010

Young Graduate Core Training Program

Iskandar Malaysia UTM Research Center

19 Sept - 15 Oct (Class Room Training)

18 Oct - 31 Dec (Internship)



Corporate Social Responsibility


Happy Birthday Dila


Rumah RM 1.5 Juta! East Ledang


Nusajaya =)


IMREC 6 - kekurangan beberapa peserta



*IMREC 6 ada 5 org je peserta lelaki
kesian kami :(

10.10.10

so what?

hidup seperti biasa gak

penat mcm biasa walaupun hari ni ahad

belajar benda baru mcm biasa

mencari mcm biasa

menanti mcm biasa

berharap mcm biasa

malas mcm biasa


muzium Johor..2oct10

Giler!!!

Rupanya ramai gak Melayu yg kaye raye kt mesia nih :)




ade sesape nk taja mjlis kwen aku?
aku snggup kwen mcm ni skrng gak :P
kpd pasangan mempelai.. semga berbahagia ke akhir hayat :)

Mandi laut

walaupun dok Mersing, tp aku dh lama giler x mandi laut.. ada beberapa percubaan ke arah itu iaitu ketika kehadiran Syafiq Afifi dan kehadiran Hafiz Zul di bumi Mersing.. tp diorng xnak mandi laut walau dh berapa bnyak pantai aku bwk.. so, tak mandi lah.. sampai lah semalam.. hehe.. air jernih weh!

penghargaan: Kamal (driver), Ekey (tukang contact), Roxy (giler nak mandi air laut@ air terjun) dan Suhaila (x mandi, photographer)



nak cover Roxy..

lepas mandi
giler gemoxxxx aku!!

ntah borak pasal apa..

nak balik dah...

aku tiru rozita che wan
(hajar comment kat FB ckp wanita Melayu terakhir.. siot tol :P)

7 & 8 Syawal

7 Syawal

Lepas Zohor: Raya rumah Mek, Cikgu Sarimah, dan Yanti Suhaila

8 Syawal

Lepas Jumaat: Raya rumah Eda

Lepas Asar: Mandi laut!!!



*Hari ni dah start kerja kt kantin.. sampai je kantin dah kene 'sound' ngan Pak Bakar ngan Kak Ina.. aku dh makin gemok sngat ke pas puasa nih?? huhu~
*Kalau diberi pilihan aku rasa aku nk delete kenangan kt uni.. huhu :(
*Banyak sngat dah baju x muat
*Kawan2 yg dh start balik kampus atau bekerja.. selamat lah untuk semua.. doakan kejayaan bersama..
*Rasanya semenjak bergelar remaja, raya tahun ni paling best! zaman kanak2 tolak tepi.. hehe
*Adik aku ckp aku bnyak raya rumah perempuan je.. aku amek ayat zapek ek "Kitorng raya rumah awekz je sebab dak pempuan rajin, xkan menyusahkan mak bapak kalau kawan2 datang, kalau raya rumah kwn2 laki nanti menyusahkan mak bapak diorng, dak laki pemalas".. lebih kurang mcm tu r :))

antara 1Malaysia, 6Syawal, dan kegemukan melampau :(

Selamat Hari Malaysia




walaupun... kontroversi pemilihan tarikh yang dikatakan bersempena tarikh lahir Lee Kuan Yew






6 Syawal

Dalam kul 10.30 yana n aima dtg rumah.. pastu kitorng serbu rumah aina

Lepas zohor g rumah kamal, safwan, munirah, hajar, izzah, yana

Lepas asar kawan2 skmk serbu rumah aku

Lepas isyak g rumah jamal, shima, zalikha, fatihah, rozimah

Tengah malam g pantai main mercun n bunga api.. terima kasih cik kastam aka zalikha.. hehe.. untung gak ada kwn kerja kt kastam jb eh :)))





Kegemukan melampau!!





Syawal

Ok sebelum start berceritera.. just nak bgtau yg Syawal kt Johor disambut selama 29/30 hari.. so, jgn terperanjat tetibe nanti ada post pasal open house lagi walaupun dah nk dkt sebulan habis puasa..

1 Syawal:
Lepas solat sunat aidil fitri balik rumah terus sebab saudara mara belah ayah akan sampai.. memang dari pagi smpai lepas asar tak berhenti-henti saudara mara datang.. lepas asar raya rumah Nurmai.. malam lepas isyak raya rumah Mai.. pastu ada beberapa kawan dtg rumah aku..

2 Syawal:
Lepas zohor raya rumah Aisyah


Lepas asar balik Kg Tanjung Resang (20 minit naik motor.. dkt giler)


3 Syawal:
Lepas zohor beraya dkt rumah Ekey, Ain Salim, Suraijah


Lepas asar raya rumah Syakira


4 Syawal:
Lepas zohor raya rumah Baila, Nabila, Akak
Lepas maghrib raya rumah Mok Da dan Mak Long

5 Syawal:
Kul 11 lebih raya rumah Majidah, Syafiq
Lepas zohor raya rumah Lynn, Aima, pastu diorng serbu rumah aku

Dalam kul 11 lebih mlm lepak2 kt tepi pantai.. huhu.. benda yg dh lama x buat..


Okeh.. harini nak sambung beraya lagi!!!!!!

Eid Mubarak!

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Maaf Zahir & Batin



Keluarga saya


Berbaju Melaju Johor teluk belanga,
bersongkok tinggi, bersamping ASiS


Muslimin


Muslimat

Iklan Raya

kalau tak silap lah.. trend menantikan iklan utk hari2 perayaan seperti raya, krismas, thn baru cina, deepavali, merdeka etc bermula bila iklan Petronas arahan Yasmin Ahmad ditayangkan di TV.. semenjak iklan Petronas yg menarik dan kreatif ditayangkan, pelbagai pihak tampil dengan idea2 menarik utk iklan mereka.. dlm banyak2 iklan raya, aku suka iklan raya Petronas 2003.. yg pasal ibu tunggal dan 7 anak tu.. cool giler iklan tu! jom tgk.. hehe


pastu dlm usha2 iklan raya kt youtube.. trjmpe iklan ni.. DiGi.. mcm cool gak.. pasal adik beradik.. yelah.. air dicincang takkan putus kan..


tapi iklan raya tahun ni yg penuh kontroversi tak lain x bukan iklan raya tv3.. mmg kontroversi abes.. tp aku x pernah plak tgk kt tv.. just baca blog kwn je.. tu yg tau pasal iklan ni..


itulah.. tv3 sejak akhir2 ni mcm2 mende pelik diorng tayangkan or plan.. kes juara lagu xde penjelasan.. agaknye yg ni masuk melodi @ terjah x? patutnye diorng kene adil.. ni bila kene ke btang hidung sendiri.. xde plak nk diterjah! jangan biki panas!!!!!!

ape2 pun.. kurangkan kontroversi.. tingkatkan prestasi :)

Merdeka!



Selamat Menyambut Hari Kebangsaan/Kemerdekaan yang ke-53

1Malaysia: Menjana Transformasi




Hambar & Ahli Politik
Tahun ni rasa mcm hambar je sambutan kemerdekaan.. ntah.. xtau mana silapnye.. mula2 kempen kibarkan jalur gemilang yg agak suam-suam kuku sama ada di pejabat2, kedai2, kenderaan mahupun permis kediaman.. pastu nk dkt hari kemerdekaan, bnyak plak 'acara2' menarik oleh ahli politik mesia ni smpai surat2 khbar bnyak citer pasal mende2 mengarut yg sengaja nk cetuskan provokasi murahan.. hampeh! kenapalah ahli2 politik kt mesia ni xnak bekerjasama utk sama2 memupuk semangat patriotisme kt kalangan rakyat.. bukanye kalau parti lain amek alih negara ni sejarah boleh diubah.. ingat SEJARAH tidak boleh diubah! jadi kalau sejarah kata Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, dan terdapat kontrak sosial yg membolehkan perkara itu berlaku.. maka itulah yg berlaku dan semua kene terima.. kalau ada yg xnak terima perlembagaan sedia ada.. silakan.. bawa usul anda di Parlimen.. tapi make sure anda ada 2/3 undi bermasa anda! ingat senang ke nak ubah Perlembagaan.. so, cerdik2 pandai yg dipilih rakyat.. sila berfikiran cerdik! jgn menipu rakyat dgn buat janji murahan.. nk buat itu buat ini.. nasib baik lah pengundi xleh nk saman parti yg x tunaikan janji masa kempen pilihan raya.. kalau x gamaknye xtau r ape nk jadi.. tp xpe.. mahkamah akhirat ada..


bendera besar di depan rumah


bendera kecil di belah kiri pagar


bendera kecil di belah kanan pagar


Hari Malaysia

Hari Malaysia pula akan disambut pada 16 Sept.. jadi marilah kita terus kibarkan Jalur Gemilang sehingga sekurang2nye 16 sept ni..



antara pakaian etnik di Sarawak



Hambar & Masyarakat

emm.... aku rasa gak smngat nk merdeka ni makin kurang kt kalangan rakyat.. ada sorang kwn tu buat post pasal apa yg dia perhatikan kt sbuah uni tempatan.. katanya mcm xde pelajar yg kisah ketika tiba detik 12 mlm.. maybe ni bulan pose so xde r jerit2 kan.. tp ntah.. xpelah.. cuma berharap anak cucu aku dpt rasa kemeriahan merdeka n tau susah payah cmne nk dpt merdeka n tau menghargai negara.. negara ini milik kita walau bertukar pemerintahnya.. org lain kaya rayo bolehlah nk kutuk2 mesia.. g dok kt oversea pastu kata mesia mcm2.. tu x betul ni x betul.. depa org kayo ado duit juto2 rumoh kt oversea dh ada.. siap boleh dpt kerakyatan negara luor senang.. kita ni marhaen picisan yg bagi 1 undi utk parlimen n 1 undi utk dun yg akan terima pape2 yg berlaku dlm negara.. xkan r aku nk g berenang melintasi sempadan kot! mcm r negara sebelah nk terima aku!


Aku & Sambutan Kemerdekaan

kecik2 dulu aku slalu join larian masa malam 31 ogos.. n kengkadang tu ada gak ikut parent aku yg kene berbaris.. tp aku dok kt tepi pdng je r.. tgk persembahan etc.. xpun aku dok umah tgk siaran langsung.. suka sngat tgk kereta berhias.. biasenye yg paling menarik perhatian aku kete KFC.. comeyl giler! dolu2 rasa nak sngat sertai perarakan @ persembahan utk hari merdeka.. so, bila kt srwak termakbullah cite2.. huhu


Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-49 Peringkat Kebangsaan Tahun 2006 Kuching, Sarawak


OASiS


Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-50 Peringkat Sarawak
Miri, Sarawak



Curtinianz



Negara & Kita

Jangan ditanya apa sumbangan negara kepada kita, tetapi tanyalah apa sumbangan kita kepada negara.. renung2kan dan selamat beramal di 10 terakhir Ramadhan :)