Pages

Pokok Jambu Gajus

Tempat selalu main masa kecil-kecil dahulu :)

Tapi nama-nama yang diukir pada batang pokok dah hilang.. huhu

Raya Haji di 'Perantauan'

okeh.. instead of siapkan kije2 yang tak bnyak mana pun kt pejabat ni.. wlaupun xde r susah mana nk contact2 org ni yg jd mls.. huhu.. so aku nk update pasal sambutan aidil adha aku smlm.. hohoho..

alkisah bermula hari selasa pabila masuk pejabat pagi2 dh nmpak mcm kurang pekerja.. paling terasa bila aku g bhgian perolehan nk mintak kertas print, abg tu dh cuti.. terpaksa aku secara suka paksa wat2 x reti malu amek sndiri kertas tu.. pastu sewaktu tgh lunch dgn syahdunya Imam Masjid Sultan Abu Bakar mengalunkan takbir raya.. dlm hati terdetik *dah boleh takbir ek??* hehe.. xtau plak.. pastu ptg tu dgn jayanya aku menjadi org ke-2 lambat kuar dari office! org ke-2 LAMBAT beb! kul 6:10 mcm tu Bos aku baru nk balik.. memandangkan aku ni PA terpaksa tgu dia r.. yg PALING LAMBAT ada sorang pegawai bhgian amil.. sebelah pejabat aku je.. dia tgh buat apa aku kurang pasti.. tp aku meninggalkan pejbat dengan jayanya TANPA sapa dia.. huhu.. ni mesti kg dia dkt je.. so dari office aku gerak naik moto dlm kul 6.21.. smpai kolej magrib gak r.. ngan hujan nye aku merempit.. woot woot.. mlm tu mkn kt bilik je.. sejuk giler.. bye2 kt kwn2 yg blek raya.. :(

pastu rabu, bngun di awal pagi.. mandi siap2 etc.. naik moto berramai2 ke masjid sultan ismail.. seronok je tgk muda mudi berjalan n berkenderaan ke masjid.. dlm hati *ramai gak yg x balik* pastu g cari mknn.. xde 1 pun kdai kt utm yg bukak.. hampeh.. terpaksa cari mkn kt luar.. g meronda smpai ke kempas.. tp prog cancel plak.. odw blek dh lapar giler g Sutera Mall.. aku rasa mcm dh kt Hong Kong.. mkn kfc je di hari raya.. :(
ptg Rai blek bwk mknn bnyaaakkkk gler.. jawo nye mknn.. puas hati r smpai tido awal... kekenyangan.. thx..

khmis smpai pejabat.. adeyh... ramai yg cuti weh.. bos aku je bnyak kije... lepas perjumpaan pagi utk baca quran.. aku melepak kt kaunter.. tak perasan bos dh masuk bilik.. hampeh! nasib baik dia x marah2.. tp agak tergesa2 bg tugas kt aku.. pastu dia kuar.. ada majlis.. huhu.. dh sikalang ni aku online (FB xdpt bukak weh! tp pejbat sbelah leh plak bukak!!) ok2 back 2 basic.. nk siap kan kije..




SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA
hati2 di jalan raya sempena musim tengkujuh ni :)
btw.. ni raya haji ke-3 aku kt 'perantauan'
*2004, Selangor **2006, Bintulu ***2010, JB

Suratan atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan


*******************

dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari ulang tahun (kelahiran, perkahwinan, penubuhan dan sebagainya), selamat menghadapi peperiksaan akhir dan berPSM (projek semesta akhir), selamat bercuti, selamat bekerja, selamat berpraktikal, selamat menjalani kehidupan dan selamat segala kebaikan kepada semua rakan-rakan.. maaf kalau terlupa atau buat-buat lupa nak ucap sebelum ni.. saya tahu dan pernah alami perasaan apabila kita mengharpkan orang yang kita rapat ingat tarikh-tarikh istimewa kita tapi ucapan tak kunjung tiba.. maaf sekali lagi..

bila duduk-duduk berehat rasa mcm nk berhubung tp selalu nye berakhir dengan kemalasan.. semenjak bermula kursus YGRACT lagi lah susah nk buka internet terutamanya FB.. sekarang dah mula praktikal dkt MAIJ bahagian pentadbiran.. jadi pembantu tadbir (penasihat).. lagilah susah nak buka FB sbb kene blok.. huhu.. dpt buka email je.. apa-apa pun saya doakan kejayaan untuk semua terutamanya kawan-kawan yang bakal tamat degree.. kalau rasa kemalasan untuk bekerja.. sila sambung master.. hehe..

oh yer.. sebagai membalas kemaafan di atas saye dgn ini membuka kpd siapa-siapa yg nk 'demand' hadiah.. hahahaha.. sila tulis di bahagian 'comment' hadiah apa yg diminta dan kenapa.. kalau bertuah dpt lah ek.. sila bg alamat sekali :P mana tahu ada rezki lebih kan.. ahakz! apa-apa pun tak salah mencuba :D

sekian untuk kali ini...salam :-)

Kini Dikau Jauh

Apakah rasa yang berdetikan di hatimu
Kali pertama waktu kau pandang kepadaku
Pastinya cinta yang setulus-tulusnya
Terlahir untukku
Lewat ke hujung masa

Selaut rindu semakin luasnya terbentang
Ku lakar kasih yang kini semakin kenangan
Takkan ku cemar kesucian semua yang bererti padamu
Walau kini kau jauh

Kau ku teruskan cinta yang kau curahkan dulu
Dalam pandangan dan amalan dan perasaan
Jadi kekuatan buatku menempuh hari
Kan ku teruskan cinta yang kau serah dulu
Jadi azimat yang berharga yang tiada tara
Menangkis segala kegusaran didunia


Terkilan jua setiap kali kurasakan
Pada ketika yang aku cuai dan terluka
Mengungkap kata betapa aku benar benar kasih padamu
Aku terkilan rasa

Andainya pernah ku melukamu
Biarkan hanyalah sekalis calar halus
Ku ingin selamanya kau tahu
Berulang kali ganda beribu yang ku rasa
Ooooo.....

Kan ku teruskan cinta yang kau serahkan dulu
Dalam pandangan dan amalan dan perasaan
Jadikan kekuatan buatku menempuh hari
Walaupun kini dikau jauh