Fakta 1:
Saya sekarang ini adalah seorang penganggur.. Menghabiskan masa di rumah, makan, tidur, internet, jaga kambing, dan macam-macam lagi aktiviti sebagai seorang house-son. Oleh kerana itu saya telah menjadi sangat gemox!!! 82kg dah sekarang ni.. Saya tak nak diet sebab makanan kat rumah ni banyak.. nanti membazir pula kan.. saya sangat rindu berat badan ketika baru menamatkan SPM dahulu pada tahun 2005..
Fakta 2:
Saya berdarah kacukan Pakistan-Melayu sebelah ayah dan Nasution-Melayu sebelah emak.. sebab itulah saya macam ni.. haha.. hendak dijadikan cerita, ketika membuat kad pengenalan pada tahun 2000, sistem JPN menyatakan bahawa saya beragama Hindu dan berbangsa India!! huhu.. terperanjat saya dan ayah pada ketika itu.. adakah JPN berjaya trace bangsa asal datuk saya?? hahaha.. JPN ambil masa 3 hari untuk mengeluarkan surat pengesahan kad pengenalan saya yang sepatutnya mengambil masa tak sampai sejam kot!!
Fakta 3:
Saya alone+single+not available=it's complicated :P
Saya juga sangat sensitif :D

Fakta 4:
Saya sangat suka bilik yang ada roommate. Tapi masa di villa saya selalu pula xde kat bilik.. argh!! so, konklusinya.. saya suka bilik sharing yang roommate sekepala!! :-)
Fakta 5:
Saya sangat skema + nerd + ikut peraturan masa kat sekolah dulu. Biasa lah, pengawas kan... Darah jenis A plak tu.. hahaha.. rasanya benda paling teruk yang saya boleh banggakan adalah ambil gambar atas 'atap' sekolah :P.. selain tu setakat meniru masa exam, mengumpat cikgu2, kutuk2 budak, tidur sekatil 2 org, tidur kat lantai, sodorm, solik, tak pergi kelas kat dewan, turun solat lambat, naik awal masa riadah... ponteng prep pergi bilik bahasa dengar lagu.. haha.. emm... tapi saya pernah guna HP, dan back up 2 lagi roommate saya dan dorm mate yang bawa HP :P

Fakta 6:
Saya sangat pendiam.. tak banyak bercakap.. tak suka bercakap banyak.. suka menyendiri.. kalau perlu je saya akan cakap.. biasanya kalau korang tengok saya banyak cakap tu saya lebih kepada 'buat-buat' sebenarnya.. sebab itulah biasanya saya banyak menghabiskan masa di bilik dan rumah sahaja.. tapi bila ada benda yang saya minat atau saya bersama ahli keluarga atau orang yang saya rapat saya akan bercakap banyak.. hehe

Fakta 7:
Saya sebenarnya xdelah 'act-cool'.. apa yang korang lihat inilah saya.. tapi saya ada banyak kekurangan dan banyak buat dosa yang korang tak tahu.. tak perlu tahu pun takpe :)
saya tak kisah pun buat aktiviti-aktiviti pelik atau 'luar-norma' LOL.. pernah sekali tu saya hanya lompat dari batu besar ke pasir pantai dan kawan saya tu cakap "Islah.. kenapa kau tetiba hyper? kau kan biasanya cool jer~" ni nak kutuk ke apa ni??
saya bersedia utk join prank atau diprank.. saya biasanya tidak kisah kalau diprank.. sebab itulah saya pernah dijirus ais di depan surau!!!!

Banyak lagi fakta-fakta tak menarik pasal diri saya ni.. tapi yang ni je terfikir buat masa ni.. haha.. okeh selamat semua!
