Pages

Giler!!!

Rupanya ramai gak Melayu yg kaye raye kt mesia nih :)




ade sesape nk taja mjlis kwen aku?
aku snggup kwen mcm ni skrng gak :P
kpd pasangan mempelai.. semga berbahagia ke akhir hayat :)

Mandi laut

walaupun dok Mersing, tp aku dh lama giler x mandi laut.. ada beberapa percubaan ke arah itu iaitu ketika kehadiran Syafiq Afifi dan kehadiran Hafiz Zul di bumi Mersing.. tp diorng xnak mandi laut walau dh berapa bnyak pantai aku bwk.. so, tak mandi lah.. sampai lah semalam.. hehe.. air jernih weh!

penghargaan: Kamal (driver), Ekey (tukang contact), Roxy (giler nak mandi air laut@ air terjun) dan Suhaila (x mandi, photographer)



nak cover Roxy..

lepas mandi
giler gemoxxxx aku!!

ntah borak pasal apa..

nak balik dah...

aku tiru rozita che wan
(hajar comment kat FB ckp wanita Melayu terakhir.. siot tol :P)

7 & 8 Syawal

7 Syawal

Lepas Zohor: Raya rumah Mek, Cikgu Sarimah, dan Yanti Suhaila

8 Syawal

Lepas Jumaat: Raya rumah Eda

Lepas Asar: Mandi laut!!!



*Hari ni dah start kerja kt kantin.. sampai je kantin dah kene 'sound' ngan Pak Bakar ngan Kak Ina.. aku dh makin gemok sngat ke pas puasa nih?? huhu~
*Kalau diberi pilihan aku rasa aku nk delete kenangan kt uni.. huhu :(
*Banyak sngat dah baju x muat
*Kawan2 yg dh start balik kampus atau bekerja.. selamat lah untuk semua.. doakan kejayaan bersama..
*Rasanya semenjak bergelar remaja, raya tahun ni paling best! zaman kanak2 tolak tepi.. hehe
*Adik aku ckp aku bnyak raya rumah perempuan je.. aku amek ayat zapek ek "Kitorng raya rumah awekz je sebab dak pempuan rajin, xkan menyusahkan mak bapak kalau kawan2 datang, kalau raya rumah kwn2 laki nanti menyusahkan mak bapak diorng, dak laki pemalas".. lebih kurang mcm tu r :))

antara 1Malaysia, 6Syawal, dan kegemukan melampau :(

Selamat Hari Malaysia




walaupun... kontroversi pemilihan tarikh yang dikatakan bersempena tarikh lahir Lee Kuan Yew






6 Syawal

Dalam kul 10.30 yana n aima dtg rumah.. pastu kitorng serbu rumah aina

Lepas zohor g rumah kamal, safwan, munirah, hajar, izzah, yana

Lepas asar kawan2 skmk serbu rumah aku

Lepas isyak g rumah jamal, shima, zalikha, fatihah, rozimah

Tengah malam g pantai main mercun n bunga api.. terima kasih cik kastam aka zalikha.. hehe.. untung gak ada kwn kerja kt kastam jb eh :)))





Kegemukan melampau!!





Syawal

Ok sebelum start berceritera.. just nak bgtau yg Syawal kt Johor disambut selama 29/30 hari.. so, jgn terperanjat tetibe nanti ada post pasal open house lagi walaupun dah nk dkt sebulan habis puasa..

1 Syawal:
Lepas solat sunat aidil fitri balik rumah terus sebab saudara mara belah ayah akan sampai.. memang dari pagi smpai lepas asar tak berhenti-henti saudara mara datang.. lepas asar raya rumah Nurmai.. malam lepas isyak raya rumah Mai.. pastu ada beberapa kawan dtg rumah aku..

2 Syawal:
Lepas zohor raya rumah Aisyah


Lepas asar balik Kg Tanjung Resang (20 minit naik motor.. dkt giler)


3 Syawal:
Lepas zohor beraya dkt rumah Ekey, Ain Salim, Suraijah


Lepas asar raya rumah Syakira


4 Syawal:
Lepas zohor raya rumah Baila, Nabila, Akak
Lepas maghrib raya rumah Mok Da dan Mak Long

5 Syawal:
Kul 11 lebih raya rumah Majidah, Syafiq
Lepas zohor raya rumah Lynn, Aima, pastu diorng serbu rumah aku

Dalam kul 11 lebih mlm lepak2 kt tepi pantai.. huhu.. benda yg dh lama x buat..


Okeh.. harini nak sambung beraya lagi!!!!!!

Eid Mubarak!

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Maaf Zahir & Batin



Keluarga saya


Berbaju Melaju Johor teluk belanga,
bersongkok tinggi, bersamping ASiS


Muslimin


Muslimat

Iklan Raya

kalau tak silap lah.. trend menantikan iklan utk hari2 perayaan seperti raya, krismas, thn baru cina, deepavali, merdeka etc bermula bila iklan Petronas arahan Yasmin Ahmad ditayangkan di TV.. semenjak iklan Petronas yg menarik dan kreatif ditayangkan, pelbagai pihak tampil dengan idea2 menarik utk iklan mereka.. dlm banyak2 iklan raya, aku suka iklan raya Petronas 2003.. yg pasal ibu tunggal dan 7 anak tu.. cool giler iklan tu! jom tgk.. hehe


pastu dlm usha2 iklan raya kt youtube.. trjmpe iklan ni.. DiGi.. mcm cool gak.. pasal adik beradik.. yelah.. air dicincang takkan putus kan..


tapi iklan raya tahun ni yg penuh kontroversi tak lain x bukan iklan raya tv3.. mmg kontroversi abes.. tp aku x pernah plak tgk kt tv.. just baca blog kwn je.. tu yg tau pasal iklan ni..


itulah.. tv3 sejak akhir2 ni mcm2 mende pelik diorng tayangkan or plan.. kes juara lagu xde penjelasan.. agaknye yg ni masuk melodi @ terjah x? patutnye diorng kene adil.. ni bila kene ke btang hidung sendiri.. xde plak nk diterjah! jangan biki panas!!!!!!

ape2 pun.. kurangkan kontroversi.. tingkatkan prestasi :)

Merdeka!



Selamat Menyambut Hari Kebangsaan/Kemerdekaan yang ke-53

1Malaysia: Menjana Transformasi




Hambar & Ahli Politik
Tahun ni rasa mcm hambar je sambutan kemerdekaan.. ntah.. xtau mana silapnye.. mula2 kempen kibarkan jalur gemilang yg agak suam-suam kuku sama ada di pejabat2, kedai2, kenderaan mahupun permis kediaman.. pastu nk dkt hari kemerdekaan, bnyak plak 'acara2' menarik oleh ahli politik mesia ni smpai surat2 khbar bnyak citer pasal mende2 mengarut yg sengaja nk cetuskan provokasi murahan.. hampeh! kenapalah ahli2 politik kt mesia ni xnak bekerjasama utk sama2 memupuk semangat patriotisme kt kalangan rakyat.. bukanye kalau parti lain amek alih negara ni sejarah boleh diubah.. ingat SEJARAH tidak boleh diubah! jadi kalau sejarah kata Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, dan terdapat kontrak sosial yg membolehkan perkara itu berlaku.. maka itulah yg berlaku dan semua kene terima.. kalau ada yg xnak terima perlembagaan sedia ada.. silakan.. bawa usul anda di Parlimen.. tapi make sure anda ada 2/3 undi bermasa anda! ingat senang ke nak ubah Perlembagaan.. so, cerdik2 pandai yg dipilih rakyat.. sila berfikiran cerdik! jgn menipu rakyat dgn buat janji murahan.. nk buat itu buat ini.. nasib baik lah pengundi xleh nk saman parti yg x tunaikan janji masa kempen pilihan raya.. kalau x gamaknye xtau r ape nk jadi.. tp xpe.. mahkamah akhirat ada..


bendera besar di depan rumah


bendera kecil di belah kiri pagar


bendera kecil di belah kanan pagar


Hari Malaysia

Hari Malaysia pula akan disambut pada 16 Sept.. jadi marilah kita terus kibarkan Jalur Gemilang sehingga sekurang2nye 16 sept ni..



antara pakaian etnik di Sarawak



Hambar & Masyarakat

emm.... aku rasa gak smngat nk merdeka ni makin kurang kt kalangan rakyat.. ada sorang kwn tu buat post pasal apa yg dia perhatikan kt sbuah uni tempatan.. katanya mcm xde pelajar yg kisah ketika tiba detik 12 mlm.. maybe ni bulan pose so xde r jerit2 kan.. tp ntah.. xpelah.. cuma berharap anak cucu aku dpt rasa kemeriahan merdeka n tau susah payah cmne nk dpt merdeka n tau menghargai negara.. negara ini milik kita walau bertukar pemerintahnya.. org lain kaya rayo bolehlah nk kutuk2 mesia.. g dok kt oversea pastu kata mesia mcm2.. tu x betul ni x betul.. depa org kayo ado duit juto2 rumoh kt oversea dh ada.. siap boleh dpt kerakyatan negara luor senang.. kita ni marhaen picisan yg bagi 1 undi utk parlimen n 1 undi utk dun yg akan terima pape2 yg berlaku dlm negara.. xkan r aku nk g berenang melintasi sempadan kot! mcm r negara sebelah nk terima aku!


Aku & Sambutan Kemerdekaan

kecik2 dulu aku slalu join larian masa malam 31 ogos.. n kengkadang tu ada gak ikut parent aku yg kene berbaris.. tp aku dok kt tepi pdng je r.. tgk persembahan etc.. xpun aku dok umah tgk siaran langsung.. suka sngat tgk kereta berhias.. biasenye yg paling menarik perhatian aku kete KFC.. comeyl giler! dolu2 rasa nak sngat sertai perarakan @ persembahan utk hari merdeka.. so, bila kt srwak termakbullah cite2.. huhu


Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-49 Peringkat Kebangsaan Tahun 2006 Kuching, Sarawak


OASiS


Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-50 Peringkat Sarawak
Miri, Sarawak



Curtinianz



Negara & Kita

Jangan ditanya apa sumbangan negara kepada kita, tetapi tanyalah apa sumbangan kita kepada negara.. renung2kan dan selamat beramal di 10 terakhir Ramadhan :)