Pages

"Saya pekak"

hmmm.... sepanjang aku praktikal kt sini, mcm2 org aku jumpa.. mcm2 org aku berhubung.. dgn pelbagai pangkat yg besar2 dlm masyarakat.. sehinggalah ke semarhaen2 umat.. yg menangis meminta bantuan, yg marah, yg ketawa.. semuanya ada.. canda..tangis..ketawa..duka..

tapi minggu ni bos ke luar negara, jd aku tolong jaga front desk.. tolong mana boleh..

minggu ni mmg agak sibuk sebab ramai org dtg mintak borang jawatan kosong.. klu minggu2 sebelum ni bnyak student mesir dtg isi borang bantuan..

okeh, lepas lunch dan zohor td.. aku jaga kaunter bhgian jwtan kosong.. dtg seorang perempuan, dlm lingkungan 25-an.. dengan bertudung agak labuh dan berpakaian yg tenang mata memandang.. menyandang sebuah beg, mengeluarkan sebuah buku dan sebatang pen.. tanpa suara menulis:

"saya nak jumpa Ustaz *****"
"saya pekak"

DUSH!

PERGH!

aku yg mulanya agak sinikal melihat dia terkial2 bawa kluar pen dari beg, terus terasa giler..
dia dtg nk minta bantuan..

aku pun dgn isyarat tgn minta dia tunggu sebentar dan duduk..

dia pun bls dgn isyarat tangan.. ok..

masuk dlm office, aku tau ustaz xde.. jumpa sorng akak.. aku ckp..

"akak ustaz *** xde kan"
"ada org nak jumpa"
"pekak"

akak tu ckp
"dah siapa nk ckp dgn dia"

aku ckp
"dia tulis"

kami pun mencuba sebaik mungkin

melalui penulisan... berbalas2 menulis di sehelai kertas..

.

.

.

dan antara ayat terakhir aku

"ustaz tiada minggu ini"
"boleh dtg minggu depan?"
"isnin?"

si gadis membalas dgn isyarat tangan.. ok

dia pun menulis dua no telefon.. dia org malaysia duduk singapura.. minta buat pinjaman utk ke umrah bulan april.. menurut apa yg aku fhm dia akan byr ansuran bulanan..

pergh.. nasib baik aku xmudah menangis.. klu x confirm dh penuh air mata..

dan aku sangat merasai kekuatan dia.. ketabahan dia dtg dari singapura... bertemankan sebuah buku nota yg mudah dikoyakkan dan sebatang pen.. mungkin sahaja dia melakukan perkara yg sama dgn semua org.. dia dtg sorang! seorang!

hmm..

antara ayat terakhir dia

"saya pekak"
"tolong sms"


hmm....

alhmdulillah.. aku jumpa pelbagai manusia..
terima kasih..




*mungkin ayat yg ditulis xsama seperti ayat asal..
tapi maksudnya sama
*mereka sepraktikal dah tahu
perkara yg aku sorokkan..
terima kasih semua
*aku ada roomate baru
sebilik di rumah sewa
nanti ada masa aku cerita pasal dia
*perjalanan masih panjang

2 comments:

  1. ~cara kita mungkin berbeza,tapi matlamat kita tetap sama.menuju syurga-Nya. :)

    ReplyDelete
  2. seronok membace pengalaman orang cm islah :D

    ReplyDelete