Pages

July yaw!

Assalamualaikum w.b.t.

Wah! Sudah masuk bulan Julai 2011


Di pagi Jumaat yang berbahagia ini.. Majlis Meraikan Johan Qariah Tilawah Kebangsaan, Qari Johor dan Qariah Tempat Ke-3 yang juga Johan Menunggu diadakan.. Tadi ada umum elaun RM1000 sebulan tapi tidak berapa pasti sama ada untuk pemenang peringkat negeri atau kebangsaan sebab lepas sahaja umum terus hinggar dewan! hehe.. Mana tidaknya, kalau menang peringkat antarabangsa dapat RM2000 dari kerajaan pusat.. Tambah yang seribu ini pula! Wah! Alhamdulillah rezeki masing-masing.. Tapi ada juga ustaz-ustaz yang duduk belakang aku sindir.. "Bola boleh pula bagi banyak, tanah.. takkan lah bagi RM1000 je.." haha.. yup! ada negeri bagi tanah kepada player kan? Lu pikir lah sendiri~


Hidup masih seperti biasa.. Kerja sekarang 'macam tiada kerja'.. Mungkin kerana bos banyak kerja di luar.. huhu.. Itu ini cerita orang-orang bawahan berkenaan karenah bos-bos dan 'bos-bos' di sini.. Oh yer buat pertama kalinya dapat gaji yang diiktiraf sebagai gaji! Alhamdulillah.. Gaji untuk separuh bulan Mei dan bulan Jun sudah masuk.. Boleh tukar cermin mata lepas ni.. Insya Allah.. Spek yang aku pakai sekarang ini sudah lama sangat.. Dari bulan Julai 2007 lagi.. Kalau keluar malam memang silau lah.. huhu.. Kena belajar berhemat dengan duit.. Sudah tidak boleh minta duit parent lagi.. Malah kena belajar menanggung perbelanjaan keluarga pula.. Insya Allah :) Walaupun gaji setakat kelulusan SPM.. tapi kena belajar lah.. Kalau parent aku boleh membesarkan aku lima beradik, takkan lah aku tak boleh kan?! Yoshi :D


Oklah.. nak kongsi beberapa petikan kata-kata hikmah dan gambar yang dicilok dari blog seorang Minah.. hehe..


Betul! Kalau sudah sayang semua nampak sempurna di mata.. Apa yang orang lain cakap semua tidak dipercayai..

Apabila sudah benci baru nampak setiap kesalahan, kecacatan dan segala perkara negatif pasal diri mereka.. Kan?!

Yup! Aku setuju! Sebab aku telah, sedang dan mungkin akan terus mengalami situasi ini.. Yang akan terus-terusan berada di sisi adalah keluarga tersayang.. Bak kata pepatah.. 'air sama air sampah ke tepi juga'



Lakukan apa yang anda suka! Walaupun selalu orang cakap suka apa yang anda lakukan.. Tapi bagi aku kalau kita buat apa yang kita suka, kita takkan berasa penat untuk terus mengulanginya :)


Senyum... perkara yang paling mudah dilakukan..

lirik lagu: senyum tak perlu kata apa-apa senyum.. kalau kita senyum, semua orang berjangkit, bila semua senyum, dunia tiada penyakit :)

sebab tulah aku selalu senyum.. ahakz!


Under water world.. pelbagai rahsia yang masih belum terlerai.. aku pernah buat research yang mengatakan bahawa kos untuk mengkaji dasar lautan adalah lebih mahal dan rumit daripada kos untuk mengkaji angkasa lepas.. aku tak ingat sumber tapi statement ni aku terbaca masa belajar Research and Writing Skills, Foundation dulu..


.........sedih :(


mengharapkan yang terbaik..

No comments:

Post a Comment