Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4
amuk (اموق)
amuk (اموق); beramuk (براموق)
1. = mengamuk; 2. sl = beramuk-amuk bertempur (berjuang, bertarung, dsb) menentang musuh, bertikam: maka segala hulubalang Melayu pun tampil pula ~ dgn Feringgi; 3. berkecamuk, kacau, bergelora; ~ fikirannya kacau fikirannya;
beramuk-amukan (براموق-اموقن)
saling beramuk (bertarung), bertempur-tempuran, bertikam-tikaman;
mengamuk (مڠاموق)
1. menyerang dgn membabi buta (kerana sangat marah, gelap mata, dll) dan membunuh atau mencederakan sesiapa saja yg ditemui: orang yg ~ itu akhirnya tertangkap; 2. ki berkecamuk, menjadi-jadi, menghebat: taufan ~; penyakit taun ~; di sana sini guntur ~; 3. membuat kacau (mengganggu orang ramai dsb) dgn hebatnya, merajalela (menimbulkan kekacauan): orang minyak ~ lagi; 4. membentak-bentak, marah-marah (secara kasar): minta duit pd emaknya, kalau tak dapat, ~;
mengamukkan (مڠاموقكن)
menyuruh (membiarkan) mengamuk: ~ tentera dgn musuh;
pengamukan (ڤڠاموكن)
perihal (perbuatan dll) mengamuk atau mengamukkan;
pengamuk (ڤڠاموق)
orang yg mengamuk (menyerang orang dll).
latah (لاته)I
1. sj penyakit saraf yg menyebabkan seseorang itu (biasanya perempuan) tidak sedar apa yg dilakukannya, suka mengikut perbuatan atau suruhan orang dgn tidak disedari, mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dgn tidak disengajakan kerana terperanjat dll: kanak-kanak lain menghampiri Tok Tam utk mengusiknya supaya membuat ~ lagi; 2. berlaku spt orang gila (kerana percintaan dll), meracau: ~lah spt orang gila tiada khabarkan dirinya; ~-latih suka berleter; ~ mulut berkata yg bukan-bukan (spt mencarut dll); ~ wilangan (orang yg) mabuk bercinta atau khayal dlm percintaan;
melatah (ملاته)
mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dgn tidak sengaja kerana terperanjat dsb;
melatahkan (ملاتهكن)
mengusik seseorang (perempuan) supaya melatah: hanyalah tuan hamba latahkan;
kelatahan (كلاتهن)
perihal latah;
pelatah (ڤلاته)
orang yg latah.
latah (لاته)II
sampah (daun dll) yg di bawah tumbuh-tumbuhan (di hutan dll).
latah (لاته)III
Pl tidak berkaki utk berjalan.
Wikipedia
AMUK & LATAH adalah dua perilaku yang sering dikaitkan dengan bangsa Melayu/Nusantara.
Kedua-dua perilaku ini boleh dikaitkan dengan sifat lupa.
Mungkinkah kedua-dua perilaku ini boleh dikaitkan dengan keputusan PRU13 yang lalu?
No comments:
Post a Comment